Didi Astillah sah isteri Diniey Ng dengan sekali lafaz. Bella pesan 'Jadilah isteri yang sentiasa bersabar'

26 Jun 2026 • 11:26 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Didi Astillah sah isteri Diniey Ng dengan sekali lafaz. Bella pesan 'Jadilah isteri yang sentiasa bersabar'
Foto: Ihsan Hijabistahub, Media Hiburan

PENYANYI Didi Astillah sah bergelar isteri kepada kepada Diniey Ng tepat jam 10.06 pagi pada tarikh yang unik, 26.6.26.

Dalam majlis tertutup yang berlangsung di Cyberjaya, Didi atau mana penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah dinikahkan sendiri bapanya, Awang Astillah.

Dengan hanya sekali lafaz, Didi selamat bergelar isteri kepada Diniey atau nama lengkapnya Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey.

Image from: Didi Astillah sah isteri Diniey Ng dengan sekali lafaz. Bella pesan 'Jadilah isteri yang sentiasa bersabar'

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Didi dalam hantaran di Instagram mengucapkan syukur atas kelancaran majlis dan menghargai doa-doa yang dititipkan buat mereka berdua.

"Alhamdulillah dengan sekali lafaz , Didi telah sah menjadi isteri kepada Diniey. Terima Kasih semua yang telah mendoakan kami," titipnya.

Image from: Didi Astillah sah isteri Diniey Ng dengan sekali lafaz. Bella pesan 'Jadilah isteri yang sentiasa bersabar'
Foto: Ihsan Hijabistahub

Sementara itu, dalam temu ramah, Bella seakan tidak percaya adiknya akan bergelar isteri.

"Kak Long sentiasa mendoakan kebahagiaan adik. Dari kecil kita sama-sama, tak sangka adik akan jadi isteri orang. 

Image from: Didi Astillah sah isteri Diniey Ng dengan sekali lafaz. Bella pesan 'Jadilah isteri yang sentiasa bersabar'

"Semoga adik bahagia bukan sahaja ke hari tua tetapi sampai ke jannah, insya-ALLAH," katanya.

Dalam pada itu, Bella turut menitip pesan buat Didi sempena hari bahagianya.

"Ia tidak mudah, tetapi percayalah kita mencari pasangan bukan sebab hendak jadi sempurna tetapi ada seseorang yang boleh membimbing dan hidup ke hari tua.

"Jadilah isteri yang sentiasa bersabar dan menyayangi suami, bersama dalam apa juga keadaan susah serta senang. Jadilah isteri yang baik," kongsinya.

Sekadar info, Didi dan Diniey terdahulu melangsungkan pertunangan pada Januari lalu.

Sumber: Instagram Media Hiburan

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved