(TAHNIAH) Hanya Sekali Lafaz, Didi Astillah Sah Bergelar Isteri Kepada Diniey Ng

LocalEntertainment
26 Jun 2026 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi yang juga adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Diniey Ng dengan sekali lafaz.

Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah sah menjadi isteri kepada Diniey selepas dinikahkan sendiri oleh bapanya, Awang Astillah kira-kira jam 10.05 pagi.

Advertisement
View this post on Instagram

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dalam suasana meriah di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Pada majlis berkenaan, Didi menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin pada sesi pembatalan air sembahyang serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Didi yang berada di atas pelamin dilihat gagal menahan sebak dan menitiskan air mata selepas lafaz nikah disempurnakan Diniey atau nama lengkapnya Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh sayu itu turut dihadiri ahli keluarga serta rakan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut kelihatan hadir ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang menjadi pembawa dulang, selain beberapa rakan artis termasuk Wani Kayrie dan ramai lagi.

Untuk rekod, Didi dan Diniey sebelum ini mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel mewah pada 10 Januari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah syed saddiq2026-06-26 10:26:43

Mungkin Tak Jadi Kahwin Dengan Bella Astillah? Ini Respon Syed Saddiq - "Sukar Untuk Saya Komen..."

The post (TAHNIAH) Hanya Sekali Lafaz, Didi Astillah Sah Bergelar Isteri Kepada Diniey Ng first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved