Sah jadi isteri, Bella Astillah titip pesan buat adik – “Kita cari pasangan bukan untuk sempurna”

Family & ParentingLifestyle
26 Jun 2026 • 3:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menitipkan pesanan penuh bermakna kepada adiknya, Didi, agar sentiasa mengecapi kebahagiaan dalam melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta.

Titip pesan buat adik

Image from: Sah jadi isteri, Bella Astillah titip pesan buat adik – “Kita cari pasangan bukan untuk sempurna”

Memetik laporan mStar, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, sebagai seorang isteri, Didi perlu mengamalkan sikap sabar selain memastikan mereka saling melengkapi antara satu sama lain dalam setiap fasa kehidupan berumah tangga.

“Perjalanannya tidak akan sentiasa mudah. Tapi percayalah, kita mencari pasangan bukan untuk menjadi sempurna.
“Insya-Allah kita mahukan pasangan yang boleh sama-sama membimbing kita hingga ke hari tua. Jadilah isteri yang sentiasa bersabar. Jangan marah-marah dan sentiasa sayang suami. Bersama-samalah ketika susah, senang dan sakit. Jadilah isteri yang baik,” katanya.

Terdahulu, Bella menghadiri majlis pernikahan adiknya, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, yang sah bergelar isteri kepada pilihan hati, Diniey Ng atau Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey, dalam majlis yang berlangsung di Cyberjaya pada pagi Jumaat.

Image from: Sah jadi isteri, Bella Astillah titip pesan buat adik – “Kita cari pasangan bukan untuk sempurna”

Sebaik selesai akad nikah, momen penuh emosi antara dua beradik itu mencuri perhatian tetamu apabila mereka berpelukan sambil mengalirkan air mata.

Mengulas detik tersebut, Didi berkata Bella sudah dianggap seperti ibu kedua dalam hidupnya dan percaya kakaknya itu sebak kerana terpaksa melepaskan adik bongsunya yang kini bergelar isteri.

Artikel lain: Bella Astillah ajak orang ramai solat hajat untuk tunang -“Doakan kes Syed Saddiq”

“Bella saya sudah anggap macam mak kedua. Bila melihat saya dah jadi isteri, mungkin dia sedih melepaskan adik bongsu yang keras kepala ini.
“Melihat ibu dan Bella menangis, saya pun tak boleh tahan. Sebab itu saya menangis sekali,” tambahnya lagi.

Sumber: mStar (Farol Hadi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved