Diganggu & Dihina Di Media Sosial, Sophia Albarakbah Akui Trauma Ingin Keluar Berseorangan

EntertainmentLifestyle
22 Sep 2025 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah, 32, mendedahkan dia tidak pernah keluar seorang diri ke mana-mana tanpa ditemani pengurus, ahli keluarga atau rakan rapat.

Menurut Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, dia berasa trauma dan kurang selesa untuk bersendirian kerana timbul rasa takut serta tidak selamat, walaupun sudah cuba menyamar dengan memakai pelitup muka.

image is not available

Kataya kepada Harian Metro,

Sejujurnya saya memang tidak pernah hadir ke acara hiburan seorang diri. Kalau ke pusat beli-belah pun mesti ada teman menemani.

Ditanya punca perasaan tersebut, bintang filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ itu menjelaskan dia pernah berdepan serangan melampau di media sosial termasuk kecaman berunsur lucah, penghinaan, ugutan dan gangguan seksual terbuka.

image is not available

image is not available

Walaupun cuba tenang, Sophia mengakui trauma itu membuatkan dia mengehadkan penampilan di khalayak ramai demi keselamatan dan menjaga kesihatan mental.

Sejak bergelar pelakon pada 2019, Sophia telah membintangi lebih 10 filem serta drama. Ogos lalu, dia turut dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025.

image is not available 2025-09-18 11:36:41

14 Tahun Kenal, Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Rakan Baik - "Keluarga Pun Merestui"