Digantung BERSATU, Abu Bakar tegaskan masih MB Perlis! – “Saya kekal, jangan keliru”

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menjelaskan kedudukannya sama sekali tidak terjejas akibat penggantungan keahliannya dalam parti BERSATU selama dua penggal.

Image from: Digantung BERSATU, Abu Bakar tegaskan masih MB Perlis! – “Saya kekal, jangan keliru”

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Berita Harian, menurutnya, tindakan disiplin parti itu perlu dibezakan daripada tanggungjawab menerajui kerajaan negeri yang masih dilaksanakannya seperti biasa.

Beliau berkata, amanah sebagai Menteri Besar akan terus dipikul berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

“Tidak ada kesan keputusan penggantungan parti dengan pentadbiran kerajaan negeri dan sesetengah pihak diminta jangan keliru dalam soal ini.
“Sebagai pemimpin atau ahli (BERSATU), soal penggantungan itu adalah urusan parti. Sebagai Menteri Besar, saya kekal meneruskan pentadbiran negeri mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Dalam masa sama, Abu Bakar menyatakan beliau menerima keputusan Lembaga Disiplin BERSATU dan akan menggunakan saluran rayuan yang disediakan parti bagi mendapatkan pertimbangan semula.

Terdahulu, keahlian beliau dilaporkan digantung berkuat kuasa 13 Oktober lalu susulan dakwaan pelanggaran Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Pengerusi BERSATU Perlis, Izizam Ibrahim mengesahkan perkara itu selepas surat bertarikh 14 Oktober yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, tersebar.

Selain penggantungan keahlian, Abu Bakar turut dilucutkan daripada semua jawatan yang dipegang dalam parti. Beliau bagaimanapun mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan BERSATU

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan dilaporkan memaklumkan pentadbiran negeri masih berjalan seperti biasa.

Menurutnya, kedudukan Abu Bakar turut bergantung pada pendirian enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di negeri berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Noor Sara Mohamad Hanif)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved