
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kebanyakan peniaga akan memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba barang yang dijual dengan meletakkan barang percubaan atau tester.
Ia penting agar pelanggan berpuas hati sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Namun, tidak semua barang yang dipamerkan datang dengan produk percubaan (tester) hingga ada segelintir pelanggan yang dilihat selamba mencuba barang terlebih dahulu sebelum membeli.
Lebih teruk, ada yang berani mencuba barang terlebih dahulu namun akan menukarnya dengan barang yang belum dibuka atau langsung tidak membelinya.
Pelanggan Selamba Guna Sikat Pada Rambut Anak, Siap Bagi Si Cilik Guna Sendiri
Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan selamba seorang lelaki yang membawa dua orang anak perempuannya mencuba sikat yang dijual ketika membeli-belah di sebuah cawangan pasar raya, Mydin.
Menerusi video dikongsikan semula di Threads, kelihatan lelaki tersebut sedang menyikat rambut seorang anak perempuannya yang duduk pada troli pasar raya berkenaan.
Manakala, seorang lagi anaknya turut mencuba sikat berlainan yang terdapat pada pasar raya itu.
Perbuatan itu dikongsikan oleh seorang wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan yang juga ibu kanak-kanak terbabit di TikTok miliknya.
Tak Beli Sikat Sebab ‘Tak Best’
Apa yang menjadi perhatian adalah pemilik asal akaun terbabit mendakwa dia tidak membeli sikat yang digunakan oleh anak mereka.
Dakwanya, sikat yang telah dicuba itu ‘tidak best’ untuk digunakan.
Dia berkata demikian ketika ditanya oleh pengguna lain pada ruangan komen menerusi video asal yang dikongsikan di TikTok.
Perbuatan Guna Sikat Rambut Tetapi Tidak Membeli Undang Kecaman
Perkongsian yang telah mendapat 614,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata mengecam tindakan keluarga berkenaan yang dianggap tidak sopan malah boleh membahayakan pengguna lain terutama dari segi aspek kebersihan.
Malah, ada yang berpendapat perbuatan tersebut sebagai mementingkan diri dek kerana telah mengguna sikat berkenaan namun tidak membelinya.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang mahu pusat beli belah tersebut mengambil tindakan di atas perbuatan mereka sekeluarga.
Pada masa yang sama, pentadbir akaun TikTok Mydin Malaysia turut menyedari insiden terbabit dan meninggalkan komen di video asal.
Wanita Dakwa Ada Beli Sikat Dari Pasar Raya, Persoal Kecaman Netizen
Namun dalam hantaran terbaharu di TikTok, wanita terbabit tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
Dakwanya, dia ada membeli beberapa jenis sikat dari pasar raya terbabit untuk anak perempuannya.
Malah, dia turut mempertahankan tindakan mereka sekeluarga mencuba sikat itu terlebih dahulu.
“Aku bukannya koyak plastik, aku pakai lepas tu aku letak balik. Aku tak buat macam tu. Benda tu tiada packaging (bungkusan). Aku pakai jela, Aku try. Benda tak salah pun. Kalau hampa (anda) rasa was-was, hampa balik, hampa basuh lah,” jelasnya lagi.
Malah, dia mendakwa dia langsung tidak terkesan dengan komen yang diberikan oleh netizen malah turut meminta maaf kepada pasar raya tersebut atas perbuatannya.
“Aku tak kecil hati pun dekat hampa. Saya minta maaf okay Mydin, sebab aku buat macam tu. Sorry okay.
“Itu yang hampa nak dengar sangatkan? Aku ni salah, takkan aku nak tegakkan benang yang basah, betul tak?
“Aku tak rasa kecil hati pun dekat hampa. Aku be gentle, rileks je. Aku tak terkesan pun dengan komen hampa yang kata macam-macam. Aku tak kisah pun,” katanya.
isu sikat mydin tu aku beli laa , Yang hampa nak marah aku knp😂 – I’m so sorry @Mydin Malaysia 🤭 sebab buat mcm tu.. 😄#fyp #mydincore
Tonton video penuh [DI SINI]
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut membuat perbandingan situasi pelanggan mencuba baju dengan tindakan yang dibuat olehnya menerusi satu hantaran terbaharu.
Try baju →kalau tak ngam, kita gantung balik. Try sikat → kalau tak ngam, kita letak balik. Dua² barang jual Kalau fitting room memang sediakan untuk try baju, maknanya try barang sebelum beli tu satu benda normal la kan? Jadi kenapa bila try sikat, terus kata Kotor? confirm yg try baju smua tu badan bersih? Try dulu baru tau sesuai ka tak..sama ja logik dia. Balik basuh la sebelum guna simple😂 yang Komen hinaan cacian kat family aku disebbkan sikat?semoga kata² tu berbalik kat hampa n family.amen.. #fyp #CapCut
Tonton video penuh [DI SINI]
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Pengotor, Sikat Tu Barang Peribadi La, Tiada Siapa Yang Nak Kongsi. Belajar Asas Kebersihan, Ini Dahla Pengotor, Rekod Siap Kongsi Pula Tu”

“Kalau Barang Tu Tak Beli, Jangan Cuba Pakai Dulu. Kesian Pembeli Seterusnya, Bab Kebersihan Bukan Benda Remeh”

“Mohon Mydin Saman Keluarga Ini”

“Kenapa Ajar Anak Guna Barang Bukan Milik Kita”

“Beli Tak Tu Kak? Saya Was-Was Kalau Dah Nampak Macam Ni, Risau Telur Kutu Ke, Jangan La Macam Ni”

“Alamak, Anak Aku Nak Sentuh Pun Aku Tak Bagi, Risau Tangan Diorang Kotor Kena Barang Orang”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Pelanggan Tak Jadi Beli Lepas Peniaga Kantoi Tipu Timbangan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Berang Pelanggan Tak Jadi Beli Char Kuetiau Lepas Dicaj RM59 Raih Kecaman [Video]
Source:

![“Ilmu Warisan” – Prof Kongsi Petua Orang Tua Untuk Semak Jika Anak Capai Umur Untuk Mula Darjah 1 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

