Lelaki pakai uniform PASTI berjoget di majlis makan malam, undang kecaman netizen

29 Oct 2026 • 4:00 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Lelaki memakai pakaian seragam PASTI berjoget dalam majlis makan malam yang tular di media sosial.

Tindakan seorang lelaki memakai pakaian seragam Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ketika berjoget dalam sebuah majlis makan malam anjuran syarikat mengundang kritikan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video yang tular, lelaki berkenaan dilihat mengenakan pakaian menyerupai uniform sekolah PASTI sambil menari dalam majlis tersebut sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Seorang pengguna Facebook menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan kerana pakaian seragam berkenaan membawa imej sebuah institusi pendidikan yang mendidik kanak-kanak dengan nilai dan akhlak yang baik.

“Pada saya, ini melampau. Pelajar-pelajar PASTI kami dididik bukan terkinja-kinja macam ini.

“Harap PASTI ambil tindakan. Kalau nak pakai baju PASTI, bawa imej baik. Bukan macam ini. Melampau,” tulisnya.

View on Threads

Sementara itu, seorang pengguna Threads turut mempersoalkan tindakan lelaki terbabit memilih pakaian seragam PASTI untuk dipakai ketika membuat persembahan dalam majlis berkenaan.

“Hang nak menari terkinja-kinja itu ikut suka hanglah. Yang hang pakai baju PASTI itu dah kenapa? Tak ada baju lain dah ke sampai kena memburukkan imej PASTI?

“PASTI tak pernah ajar benda-benda lagha macam ini. Sengaja kan nak bagi orang pandang hina pada PASTI,” katanya.

Video berkenaan turut mencetuskan perdebatan mengenai kesesuaian penggunaan pakaian seragam institusi pendidikan dalam acara hiburan, khususnya apabila ia dikaitkan dengan imej dan reputasi institusi terbabit.

The post Lelaki pakai uniform PASTI berjoget di majlis makan malam, undang kecaman netizen appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved