![Image from: [VIDEO] Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-26-at-5.11.12-PM-1024x575.jpeg)
PETALING JAYA – Beberapa kawasan sekitar ibu negara dan Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petir petang ini.
Tinjauan Kosmo! di aplikasi Threads mendapati antara kawasan yang terjejas adalah bandar raya Kuala Lumpur, Taman Tun Dr. Ismail, Segambut, Damansara dan Kajang.
Turut dilaporkan terjejas adalah sekitar Bangi, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota dan laluan menuju ke Nilai 3.
Menerusi perkongsian oleh pengguna Threads, banjir di kawasan Damansara dan Segambut turut menyebabkan beberapa jalan raya ditenggelami air dan berlaku kesesakan.
Berdasarkan perkongsian pengguna, laluan antara Bukit Mahkota menghala ke Nilai 3 turut ditenggelami banjir.
Kosmo! sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan banjir daripada pihak berkuasa.
Berita lanjut menyusul.-KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Universiti Malaya dilanda banjir kilat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-26-at-6.11.24-PM-1024x576.jpeg)



