DJI Mengesahkan Kehadiran Mic Mini 2S

TechnologyDigital
29 Apr 2026 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

DJI telah berkongsi imej rasmi bagi Mic Mini 2S yang memperlihatkan kemasan lut cahaya serta rekaan yang hampir sama dengan model baharu Mini 2 yang diumumkan semalam.

image is not available

Namun begitu, syarikat berkenaan masih belum mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai pelancaran produk tersebut dan dalam masa yang sama tiada tarikh rasmi diumumkan setakat ini. Hal ini menjadikan perkongsian imej berkenaan lebih kepada pengenalan awal tanpa pengesahan jadual keluaran.

Pengenalannya kelak dijangka menjadi alternatif menarik bagi mereka yang mahukan mikrofon nirwayar bersaiz kecil dan ringan. Berdasarkan paparan promosi “Internal Recording Mini Wireless Mic”, ia menunjukkan bahawa model ini menyokong fungsi rakaman terbina dalam sama seperti siri Mic terdahulu.

image is not available

Setakat ini, pengguna di Malaysia yang berminat boleh mendapatkan Mic Mini 2 dengan harga bermula RM239 bergantung pada pakej yang ditawarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved