DKU Negeri Sembilan, SU mahu mencelah semakan kehakiman singkir Tuanku Muhriz 

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 1:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DKU Negeri Sembilan, SU mahu mencelah semakan kehakiman singkir Tuanku Muhriz 
DKU Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memohon untuk mencelah dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. 

KUALA LUMPUR - Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin memohon untuk mencelah dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. 

Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu dikemukakan tiga bekas Undang Negeri Sembilan dan seorang lagi yang masih memegang jawatan berkenaan pada 17 Julai lalu.

Mereka ialah tiga bekas Undang iaitu Datuk Mubarak Thahak (yang statusnya sebagai Undang Sungai Ujong dipertikaikan), Datuk Maarof Mat Rashid (bekas Undang Jelebu), Datuk Abd Rahim Yasin (bekas Undang Rembau) dan Datuk Muhammed Abdullah (Undang Johol yang masih memegang jawatan).

Mereka selaku pemohon membuat permohonan berkenaan pada Ahad menerusi Tetuan Halim & Ismail dengan menamakan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri selaku responden dalam permohonan kebenaran berkenaan.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved