
Pelawak Amir Raja Lawak dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru dan kini sedang menunggu giliran di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi proses rawatan seterusnya.
Perkara itu dimaklumkan Lando Zawawi menerusi hantaran di media sosial selepas mendapat keizinan daripada ibu Amir.
Menurutnya, Amir turut mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.
Lando turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Amir agar pelawak berkenaan kembali sihat seperti sediakala.
Beliau juga mengingatkan individu yang masih mempunyai hutang dengan pelawak itu supaya menyelesaikan tanggungjawab masing-masing.
"Saya baru saja mendapat keizinan dari ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak-saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita Mohammad Amirullah bin Azmi
"Untuk sama-sama mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat. Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya. Maaf tak sanggup cakap.
"Tapi basically beliau kena jangkitan paru paru. Asthma memang dari kecil. Semoga Allah masih beri peluang kita bersamanya.
"Dan sekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia. Eloklah selesaikan atau mohon maaf pada dia. Amin" katanya.






