Doktor Kongsi Kebaikan Mandi Bersama Untuk Hubungan Suami Isteri

Health & FitnessLifestyle
19 Jun 2025 • 4:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya ingin perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun umum mengetahui menjaga sesuatu perhubungan itu bukan perkara mudah namun ia boleh dilakukan sekiranya suami dan isteri sentiasa berusaha untuk bahagia.

Oleh itu, untuk bahagia setiap pasangan perlu sentiasa memperbaiki hubungan, menyemarakkan lagi rasa cinta, saling bekerjasama, selalu menghargai, dan banyak lagi.

Doktor jelas kebaikan mandi bersama suami isteri

Baru-baru ini pengamal perubatan, Doktor Ahmad Samhan turut berkongsikan mengenai manfaat untuk pasangan suami isteri jika mandi bersama-sama.

Menurut Dr Samhan, aktiviti untuk mandi bersama-sama antara suami dan isteri bukan sahaja dapat menjimatkan air sebaliknya memberikan pasangan ruang untuk mencipta momen romantik.

Meskipun ada segelintir yang merasakan ia seperti pelik atau mungkin remeh namun ia sebenarnya banyak membantu dalam menguat dan memulihkan hubungan suami isteri.

Antara perkara yang baik apabila mandi bersama ialah:

#1 Mencipta bonding tanpa gangguan

image is not available
Foto: Pexels

Di zaman moden ini, ramai suami isteri yang telah menghabiskan masa di siang hari untuk keluar bekerja, mengemas rumah, menjaga anak dan sebagainya.

Tak dinafikan semua perkara ini menggunakan tenaga dan adakalanya membuatkan suami isteri penat dalam menjalankan tanggungjawab.

Malah ada segelintirnya terpaksa menyambung untuk membuat pekerjaan di rumah sehingga tiada masa untuk memberikan perhatian kepada pasangan.

Oleh itu, apa kata anda ambil sedikit masa yang ada untuk mandi bersama pasangan bagi melegakan beban masing-masing.

Selain itu di dalam bilik air juga terdapat gangguan yang kurang seperti telefon bimbit, televisyen dan sebagainya.

Malah momen ini hanya anda dan pasangan di mana boleh berinteraksi melalui sentuhan dan berbual mesra. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan anda dan pasangan fokus antara satu sama lain.

#2 Aktifkan hormon cinta

Selain itu, dengan mandi bersama serta sentuhan antara satu sama lain a secara tidak langsung dapat memberi rangsangan kepada hormon oksitosin (Oxytocin).

Hormon ini secara tidak langsung dapat membuatkan anda dan pasangan tenang serta sentiasa rasa diri disayangi dan lebih dekat.

Yelah seharian bekerja dan menyelesaikan hal rumah tangga pastinya ia membuatkan anda adakalanya tertekan dan kadang kala hilang fokus pada pasangan.

Oleh itu, aktiviti simple seperti ini secara tak langsung membantu untuk memberikan ‘love spark’ kepada anda dan pasangan.

#3 Bantu turunkan ego selepas bergaduh

image is not available
Foto: Pexels

Adakalanya anda dan pasangan mungkin melalui fasa yang tegang seperti bergaduh, tidak sefahaman dan sebagainya.

Cuba rawati masalah tersebut dengan mandi bersama. Ini kerana, air yang mengalir di dalam bilik air mungkin akan memberikan mood dan suasana yang tenang.

Ia secara tidak langsung mungkin membantu anda dan pasangan untuk berlembut dan perlahan-lahan menurunkan ego masing-masing.

Betul adakalanya kita berasa marah, namun sesebuah hubungan itu perlu sentiasa diperbaiki dan dibincang dengan rasional.

Mungkin perkara seperti ini membantu untuk korang menjadi pasangan yang lebih rasional dan membuat keputusan dengan lebih baik.

#4 Bina kepercayaan serta keselesaan tubuh

Apabila mandi bersama, anda secara tiddak langsung berkongsi ruang yang sama. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan anda dan pasangan menerima kekurangan masing-masing tanpa memberi sebarang ‘judgement’.

Sebaliknya anda menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan sejurus membina lagi hubungan yang lebih intim.

#5 Sembang dari hati ke hati

image is not available
Foto: Pexels

Selain ‘pillow talk’ waktu mandi bersama juga boleh digunakan untuk anda berbual antara satu sama lain.

Mungkin jika pillow talk akan membuatkan anda kurang fokus memandangkan kedua-dua mempunyai minda yang disetkan untuk tidur. Namun mandi bersama pula akan memberikan satu lagi mood lain bersama pasangan.

Malah perbualan di dalam bilik air yang tenang akan mengalakkan perbualan lebih jujur kerana ia tidak formal dan lebih relaks.

Kata Dr Samhan mungkin juga sesi mandi bersama ini bukan sekadar memberi ruang untuk pasangan bersembang ringan sebaliknya menjadi sesi healing (pulih) antara pasangan.

#6 Rangsang hubungan seksual semulajadi

Tak dinafikan aktiviti atau rutin harian membuatkan kehidupan menjadi sibuk. Malah ada segelintir yang langsung tidak mempunyai mood untuk ‘bersama’ dengan suami atau isteri.

Semuanya kerana mood yang sudah kelaut dan penat dengan tugasan harian. Namun siapa sangka aktiviti mandi bersama sebenarnya turut membantu untuk memberikan ‘rangsangan cinta’ kepada hubungan anda sebagai suami isteri.

Ini kerana, sepanjang aktiviti ini dilakukan ia memberikan anda mood yang seronok dan dilakukan tanpa paksaan.

Malah sentuhan melalui kulit, perkongsian momen indah seperti berkongsi tuala, perbualan manja sebenarnya memberikan bibit-bibit rangsangan seksual kepada suami isteri.

Apa yang lebih menarik kesemua rangsangan itu berlaku secara semula jadi tanpa perlu dibuat-buat.

Jika hal simple seperti ini dapat memperbaiki hubungan suami isteri, rasanya tidak salah untuk anda dan pasangan mencubanya.

Jelas Dr Samhan cinta suami isteri tak selalu perlukan ‘candlelight dinner atau percutian mahal.

“Kadang hanya perlu bilik air, air suam dan dua hati yang sudi luang masa sekejap bersama. Jangan tunggu hari istimewa. Jadikan mandi bersama tu satu rutin kecil yang besar maknanya,” katanya.

Rasulullah SAW juga mandi bersama isteri

Apa yang lebih menarik lagi, mandi bersama suami isteri ini turut digalakkan di dalam Islam dan ia juga adalah perkara dilakukan oleh Rasulullah.

Memetik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mandi bersama bukan bermaksud berada di bilik air bersama-sama sambil mandi sahaja.

Ia juga boleh diselitkan dengan aktiviti romantik yang boleh meningkatkan lagi hubungan kasih sayang serta kemesraan suami isteri.

Menurutnya, Rasulullah SAW sewaktu mandi merungkai-rungkai rambut isteri kesayangannya, Aisyah RA (Sahih Muslim: 498).

Diriwayatkan bahawa Aisyah RA berkata: “Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketikan menggunakan air dalam bekas itu).” (Sahih al-Bukhari hadis: 253)

Bukan hanya itu, baginda juga bergurau senda bermain dan berebut-rebut mengambil air hingga Aisyah, dalam suasana romantik dan mesra meminta Rasulullah supaya menyimpan air sedikit untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai: 239).

Source: