Doktor rugi lebih setengah juta diperdaya skim pelaburan palsu

LocalBusiness & Finance
16 Aug 2026 • 1:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Doktor rugi lebih setengah juta diperdaya skim pelaburan palsu

DUNGUN – Hasrat seorang doktor swasta untuk mengaut keuntungan berganda bukan sahaja tidak kesampaian malah simpanannya lebih setengah juta pula yang lesap diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, wanita berusia 32 tahun itu pada awalnya tertarik dengan iklan yang dilihatnya di sosial media pada Januari lalu.

“Mangsa kemudiannya telah berhubung dengan individu tidak dikenali yang mendakwa kononnya wakil pengendali skim pelaburan terbabit.

“Dia kemudiannya membayar RM300 bagi mendapat akses video ‘tutorial’ urus niaga perdagangan pelaburan terbabit,” katanya di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, doktor itu yang berminat kemudiannya telah melabur dalam skim pelaburan terbabit.

Beliau berkata, bagaimanapun, wanita tersebut didakwa telah melakukan kesalahan dalam urus niaga dan diarahkan membayar ganti rugi kononnya atau akan dikenakan tindakan mahkamah sekiranya tidak melunaskannya.

“Dia akur membayar ‘ganti rugi’ berkenaan menerusi 77 transaksi pindahan wang berjumlah keseluruhan RM558,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Doktor rugi lebih setengah juta diperdaya skim pelaburan palsu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved