Wang RM5 juta, emas ditemukan dalam rumah ketua penyokong kelab bola sepak

FootballSports
11 Aug 2026 • 12:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wang RM5 juta, emas ditemukan dalam rumah ketua penyokong kelab bola sepak

ANKARA: Polis menemukan wang tunai bernilai lebih AS$1.3 juta (RM5.3 juta) bersama emas dan barangan kemas di rumah pemimpin kumpulan penyokong utama kelab bola sepak Istanbul, Galatasaray, lapor media Turkiye pada Isnin.

Selain lebih 840,000 euro (RM3.9 juta) dan pelbagai mata wang lain, serbuan selama lapan setengah jam di rumah ketua ultrAslan itu turut menemukan sepucuk pistol, peluru termasuk empat jaket kalis peluru, menurut agensi berita DHA serta IHA.

Sebahattin Sirin  yang ditahan pada Ahad, dituduh menjual tiket di pasaran gelap, menyebabkan gangguan ketenteraman di dalam stadium sukan serta menyebarkan maklumat palsu.

Sehari sebelumnya, ketua kumpulan penyokong tegar itu menuduh Menteri Kehakiman Turkiye, Akin Gurlek di platform X sebagai sebahagian daripada kumpulan dalam kerajaan yang mahu menjadikan Fenerbahce juara musim ini  dengan mengorbankan juara bertahan Super Lig tersebut.

Menteri berkenaan mahupun Fenerbahce, seteru sengit Galatasaray dari bandar yang sama, tidak memberikan sebarang respons secara terbuka terhadap tuduhan tersebut. – AFP

 

The post Wang RM5 juta, emas ditemukan dalam rumah ketua penyokong kelab bola sepak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved