Dr Fie Cabar Netizen, Nubhan Tunjuk Bukti Dakwaan Hutang RM2.3 Juta – “Buktikan Itu Hutang Suami Baru Saya”

Entertainment
13 Nov 2026 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie, meminta bukti susulan dakwaan bahawa dirinya mempunyai hutang berjumlah RM2.3 juta.

Menerusi komen balas di Threads, Dr Fie mempersoalkan dakwaan berkenaan selepas bekas suaminya sebelum ini mendakwa kediamannya didatangi pengutip hutang yang sedang mencari dirinya.

Advertisement
View this post on Instagram

Dr Fie Cabar Netizen, Nubhan?

Dr Fie turut meminta pihak yang membuat dakwaan membuktikan bahawa jumlah berkenaan sememangnya merupakan hutang miliknya.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang mendakwa hutang tersebut bukan milik Dr Fie, sebaliknya dikaitkan dengan suaminya sekarang, Kapten Amrul Nizar Anuar.

fie

Tidak hanya berdiam diri, Dr Fie turut meminta bukti sekiranya benar dakwaan tersebut melibatkan suaminya.

Dia juga meminta orang ramai supaya tidak terus membuat hukuman atau kesimpulan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Nubhan Buat Laporan Polis, Penghutang Datang Rumah

Semalam Nubhan memuat naik hantaran memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis selepas mendakwa kediamannya didatangi individu yang dipercayai pengutip hutang untuk mencari bekas isterinya.

Menurut Nubhan, tindakan itu diambil kerana dia bimbang terhadap keselamatan anak-anak serta keluarganya.

Sebelum ini, Nubhan turut meminta agar dirinya, anak-anak dan keluarganya tidak dilibatkan dalam sebarang isu berkaitan bekas isterinya.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diberikan, dakwaan mengenai hutang RM2.3 juta serta pihak yang bertanggungjawab terhadap hutang tersebut masih belum disahkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nubhan2026-11-12 09:56:42

Nubhan Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Dr Fie - "Saya Takut Anak-Anak Terganggu Emosi"

The post Dr Fie Cabar Netizen, Nubhan Tunjuk Bukti Dakwaan Hutang RM2.3 Juta – “Buktikan Itu Hutang Suami Baru Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved