Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas FitMuay Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]

Health & FitnessLifestyle
21 Sep 2026 • 5:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui apabila berada di usia emas pastinya kita tidak lagi mempunyai daya kekuatan seperti di usia 20-an. Meskipun sudah berusia, namun setiap individu sentiasa digalakkan untuk sentiasa bergerak atau aktif mengikut kemampuan masing-masing.

Jemaah lelaki warga emas di Singapura lakukan senaman FitMuay untuk tingkatkan kekuatan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan jemaah lelaki di Masjid Yusof Ishak, Singapura yang sedang menyertai kelas senaman FitMuay sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Jurulatih Arun Rosiah di Instagram, kelihatan para jemaah yang menyertai senaman ini begitu bersemangat.

Setiap orang ada kerusi, lakukan senaman mengikut kemampuan masing-masing

Mereka dilihat mempunyai kerusi masing-masing, ada yang dilihat duduk di atas kerusi sambil melakukan senaman.

Ada juga yang berdiri dan mereka semua dilihat melakukan pergerakan menumbuk angin dengan pelbagai gaya.

Kata Arun untuk mencapai usia tua yang sihat, kumpulan yang digelar ‘Titans’ dari masjid berkenaan memerlukan kegembiraan, rasa ingin tahu dan minda yang terbuka dengan perkara baharu.

Senaman FitMuay dilakukan selama 15 minit pada setiap minggu

Oleh itu, dia memperkenalkan senaman atau latihan ‘FitMuay’ kepada jemaah tersebut. Katanya lagi, dia memperkenalkan latihan kekuatan selama 15 minit untuk setiap minggu.

Walau bagaimanapun, terdapat kepelbagain aktivit yang diperkenalkan bagi mengekalkan minat serta keterujaan golongan warga emas berkenaan dalam melakukan aktiviti.

“Video yang dikongsikan itu memaparkan saya mengajar mereka asas-asas FitMuay. Ia merupakan satu bentuk senaman kecergasan berasaskan Muay Thai dan bukan kelas kombat,” ujarnya.

Jelas Arun di ruang kapsyen, maklumat yang terlalu banyak membuatkan warga emas berasa terbeban atau hilang minat selain arahan atau teguran yang berlebihan juga boleh menyebabkan mereka kurang bersemangat serta keyakinan diri.

Nak warga emas buat pergerakan yang menyeronokkan

“Matlamat saya mudah iaitu hanya mahu mendapatkan perhatian mereka dan melakukan pergerakan yang menyeronokkan.

“Kami fokus sepenuhnya kepada rentak berterusan untuk pukulan seperti ‘jab, cross, uppercut dan hook’. Dengan membiarkan pakcik berkenaan berfikir apakah yang akan datang, otak mereka sentiasa tajam dan peka, ia secara tidak langsung melatih keupayaan neuroplastisiti mereka secara aktif,” katanya.

Kata Arun lagi sementara warga emas itu seronok dengan aktiviti terbabit, badan mereka juga secara tidak langsung dapat mengaktifkan keupayaan untuk memutar tulang belakang dan bina kestabilan otot teras yang diperlukan untuk melindungi diri dari insiden tergelincir atau jatuh secara tiba-tiba dalam situasi sebenar.

Kongsi masalah kesihatan dihadapi oleh para jemaah dalam kumpulan Titans

Arun dalam hantaran tersebut turut berkongsi sedikit latar belakang mengenai peserta kumpulan Titans:

  • Ada peserta yang pernah menjalani pembedahan jantung secara bypass
  • Dua daripada peserta mengalami strok, dan salah seorangnya telah didiagnos pada tiga tahun lalu
  • Selebihnya mempunyai masalah seperti darah tinggi, sendi yang ketat khususnya di bahagian lutut dan bahu
  • Seorang lagi pernah melalui bebeerapa pembedahan disebabkan tulang patah

“Mereka mungkin mempunyai pelbagai masalah medikal tetapi mereka berusaha dalam kumpulan untuk meningkatkan kekuatan, mobiliti, keseimbangan, koordinasi dan tenaga dalam kehidupan harian. Insya-Allah.”

View this post on Instagram

A post shared by silver_gray_dad (@platinum_gray_undertones)

Arun adalah jurulatih, ada pengalaman 10 tahun sebagai freelance personal trainer

Arun turut ada berkongsi beberapa lagi video memaparkan kesungguhan kumpulan Titan itu melakukan pelbagai jenis senaman.

View this post on Instagram

A post shared by silver_gray_dad (@platinum_gray_undertones)

Ada pengalaman dalam jurulatih persendirian lebih 10 tahun

Selain bergelar jurulatih, Arun juga merupakan seorang pendidik di sebuah kolej. Beliau sebelum ini merupakan seorang guru di sekolah kerajaan di Singapura dengan pengalaman hampir 30 tahun.

Pada 11 tahun yang lalu, Arun pernah menghidap kanser kolorektal dan hari ini jurulatih ini kembali membantu lelaki dan wanita untuk bersenam secara selamat, membina semula kekuatan dan meningkatkan mobiliti serta bergerak dengan penuh keyakinan.

Arun telah menjadi jurulatih persendirian sejak tahun 2011 dan mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dan 30 tahun pengalaman dalam bidang pembelajaran fizikal (Physical education).

Arun turut menjelaskan beliau mahu memberikan kesedaran kehidupan yang sihat di kalangan warga emas.

Nak tingkatkan kesedaran mengenai kehidupan sihat di kalangan warga emas dan juga kanser kolorektal

“Saya ingin meningkatkan kesedaran tentang kehidupan yang panjang dan sihat di kalangan warga emas, dan satu perkara yang amat dekat di hati saya ialah memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kanser kolorektal untuk manfaat pesakit, mereka yang telah pulih termasuklah penjaga,” katanya kepada BuzzKini.

Bahkan beliau juga gembira sekiranya inisiatif program kecergasan yang dilakukan di masjid berkenaan menjadi contoh dan turut dilakukan di masjid di Malaysia.

“Saya sentiasa percaya bahawa Allah SWT telah mengurniakan saya peluang kedua untuk menjalani kehidupan yang lebih baik selepas mengharungi kanser kolorektal tahap 3.

“Oleh itu, jika usaha saya dihargai dan dapat memberi inspirasi kepada orang lain di Malaysia, ia memberikan saya kegembiraan yang amat besar. Allah SWT sebaik-baik Perancang.”

View this post on Instagram

A post shared by Homeground Gym Woodlands (@homeground.gymwoodlands)

View this post on Instagram

A post shared by @cancerwarriorfitnesssg

Ramai suka lihat warga emas bergerak aktif

Menjengah di ruangan komen, ramai yang gemar melihat warga emas bergerak aktif, dan melakukan aktiviti yang sihat itu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan para jemaah yang bersenam di dalam masjid itu begitu comel dengan pergerakkan masing-masing.

“Terbaik”

Image from: Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas FitMuay Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]

“Cute lah acik-acik ni semua”

Image from: Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas FitMuay Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]

“Gembira sangat mlihat mereka mencuba dan menyukainya”

Image from: Warga Emas Di Singapura Sertai Kelas FitMuay Di Masjid Untuk Tingkatkan Kekuatan Dalaman Raih Pujian [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved