
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan tidak tinggal bersama suaminya sepanjang tempoh beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.
Perkara itu dijelaskan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi satu respons di ruangan komen Threads.
Menurut Nurulhidayah, kediaman yang didiami Najib telah diwartakan sebagai penjara dan ahli keluarganya termasuk isteri serta anak anak tidak dibenarkan tinggal bersama beliau.
Katanya, Rosmah kini menetap di Pavilion, manakala lawatan kepada Najib perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan seperti prosedur di penjara.
“Tidak boleh. Rumah itu juga telah diwartakan sebagai penjara. Konsepnya seperti penjara, isteri dan anak anak tidak tinggal bersama beliau. Datin Seri Rosmah pula menetap di Pavilion.
“Jika mahu melawat, waktu lawatan juga ditetapkan seperti individu lain yang berada di dalam penjara. Terima kasih kerana bertanya untuk mendapatkan penjelasan. Penat membaca fitnah daripada pihak yang seolah olah mengetahui segala perkara.
Baca juga:“Selain itu, makanan dan minuman juga ditentukan oleh pihak penjara,” katanya menerusi Threads.





