Najib lewat 4 hari jalani tahanan rumah, wakil rakyat BN gesa Peguam Negara disiasat!

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 6:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggesa satu penilaian bebas dilakukan terhadap pengendalian kes tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak susulan kelewatan pelaksanaannya selama empat hari, meskipun pembayaran denda RM50 juta telah disempurnakan.

Gesa satu penilaian bebas terhadap pengendalian

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pengerusinya, Manndzri Nasib menyatakan bahawa pelaksanaan tahanan rumah pada Selasa tidak sepatutnya mengetepikan persoalan berhubung penangguhan yang berlaku dari 6 hingga 10 November lalu.

“Pelaksanaan tahanan rumah ini tidak sekali-kali menutup tuntutan pertanggungjawaban terhadap penangguhan dari 6 hingga 10 November 2026, selepas pembayaran denda RM50 juta disempurnakan dan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) dikeluarkan oleh mahkamah.
“Mengapakah pelaksanaan sebelum ini ditangguhkan atas alasan kekaburan dan implikasi undang-undang, tetapi kini boleh diteruskan? Apakah halangan sebenar ketika itu dan apakah pembetulan dokumen yang telah menyelesaikannya?” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen pada Rabu.

Image from: Najib lewat 4 hari jalani tahanan rumah, wakil rakyat BN gesa Peguam Negara disiasat!

Terdahulu, Najib dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta pada Selasa malam bagi menjalani baki hukuman penjara kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin sebelum itu membatalkan perintah pelepasan bertarikh 6 November dan menggantikannya dengan perintah baharu yang membenarkan pelaksanaan tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta.

Persoal tindakan AGC didakwa tak usahakan pembetulan dokumen

Manndzri yang juga Ahli Parlimen Tenggara turut mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang didakwa tidak mengusahakan pembetulan dokumen atau pengeluaran waran baharu lebih awal sekiranya perkara itu diperlukan.

Beliau menambah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan Warta Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Penjara 1995 bagi menetapkan kediaman di Langgak Duta sebagai tempat tahanan yang sah.

“Rakyat berhak mengetahui apa yang berubah, bila masalah dikenal pasti dan mengapa penyelesaiannya mengambil masa sehingga 10 November.
“Jika warta kerajaan dan mahkamah sudah tersedia pada 6 November, atas asas apakah Peguam Negara bertindak secara sendirian atau ‘unilateral’ mengarahkan Najib terus ditempatkan di Penjara Kajang?” soalnya.
Image from: Najib lewat 4 hari jalani tahanan rumah, wakil rakyat BN gesa Peguam Negara disiasat!

Foto: Parlimen Malaysia

Selain itu, sekretariat turut mempersoalkan sama ada isu tafsiran dan implikasi pelaksanaan tahanan rumah telah dibangkitkan ketika proses pertimbangan Lembaga Pengampunan pada 18 September lalu.

“Justeru, sekretariat mengekalkan desakan supaya langkah sewajarnya diambil melalui proses yang sah untuk merehatkan Peguam Negara sementara sebuah badan penilaian bebas membuat semakan menyeluruh terhadap pengendalian kes ini.
“Pelaksanaan tahanan rumah tidak memadamkan kelewatan. Penyelesaian tidak menggugurkan pertanggungjawaban. Peguam Negara mesti menjawab mengapa penangguhan berlaku dan siapa yang bertanggungjawab,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian (Raiham Mohd Sanusi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved