DSV dedah Cik B pernah takut ke sekolah kerana diejek – “Mak jual produk putih, anak hitam”

EntertainmentLifestyle
5 Nov 2026 • 11:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan, Datuk Seri Vida berkongsi pengalaman anaknya, Cik B yang pernah takut untuk keluar rumah dan ke sekolah selepas menerima ejekan berhubung warna kulit ketika berusia 12 tahun.

Image from: DSV dedah Cik B pernah takut ke sekolah kerana diejek – “Mak jual produk putih, anak hitam”

JAN 29 2020 NONA FADHLEE COVER DATO SRI VIDA N CIK B

Menerusi perkongsian di Threads yang memaparkan foto lama anaknya itu, Vida atau lebih dikenali sebagai DSV mengimbau bagaimana kata-kata orang sekeliling menjejaskan keyakinan diri Cik B.

Menurutnya lagi, ejekan itu turut mengaitkan penampilan Cik B dengan perniagaan produk penjagaan kulit yang diusahakannya.

Image from: DSV dedah Cik B pernah takut ke sekolah kerana diejek – “Mak jual produk putih, anak hitam”

“Zaman di mana Cik B takut keluar rumah, takut pergi sekolah sebab orang mengata Cik B hitam huduh. Mak jual skincare produk putih tapi anak hitam.” ciapannya, semalam.

DSV turut menceritakan usahanya ketika itu untuk meminta Cik B menggunakan sabun daripada rangkaian produknya. Bagaimanapun, anaknya belum berminat terhadap rutin penjagaan kulit pada usia berkenaan.

“Waktu ni Cik B berusia 12 tahun, saya paksa pakai sabun QuPuteh tomato tapi Cik B tak nak, yela umur masih muda tak fikir nak jaga kulit sebagainya hanya suka main panas,” kongsinya.

Mengulas perkembangan anaknya kini, DSV berkata Cik B semakin mengambil berat tentang penjagaan diri serta kulit wajah tanpa perlu disuruh seperti dahulu.

Malah, menurut usahawan itu, Cik B kini menggunakan sendiri sabun berkenaan dan meminta bekalan tambahan.

“Tapi bila dah besar Cik B dah muka jaga diri, jaga kulit muka tak payah paksa sendiri guna sabun tomato Siap minta stock lagi,” tambahnya lagi.

Sumber: Threads datoserivida

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved