DSV Isi Duit ‘Purple’ Dalam Sampul Raya, Netizen Teruja; - “Siapa Tahu Lokasi Rumah, Nak Datang Beraya”

29 Mar 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepotong video memaparkan usahawan sensasi Datuk Seri Vida mengisi duit raya di dalam sampul berjaya mendapat perhatian warganet.

 

Menerusi perkongsian di akaun TikTok anak lelakinya, Kacak, memaparkan Vida memasukkan wang RM100 di dalam setiap sampul raya. 

 

“Tengah isi duit raya dalam sampul, Mama isi sampul purple,” tulisnya. 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan jumlah wang yang diletakkan di sampul tersebut. 

 

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang sempat berseloroh dan bertanya mengenai lokasi rumah Vida untuk mendapatkan wang raya tersebut. 

 

“Siapa tahu lokasi rumah DSV, nak datang beraya.

 

“Dia buat macam duit seringgit sahaja.

 

“Terbaik semoga murahkan rezeki dan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan,” komen beberapa netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 500,000 tontonan di platform TikTok. 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved