Dua basikal lajak budak 9 tahun disita

LocalFamily & Parenting
19 Oct 2026 • 2:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua basikal lajak budak 9 tahun disita

KLANG – Polis menyita dua basikal lajak yang ditunggang dua kanak-kanak berusia sembilan tahun di jalan raya utama sekitar Kompleks Sukan Pandamaran di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, tindakan itu diambil ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Klang Selatan menjalankan pemantauan kira-kira pukul 4 petang.

Beliau berkata, pemantauan dilakukan susulan aktiviti basikal lajak yang dikesan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu menunggang basikal tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga, sekali gus membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Dua basikal itu telah disita untuk tindakan selanjutnya manakala penunggang terbabit turut diberikan nasihat sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menambah, polis akan memanggil ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berkenaan bagi membincangkan aspek keselamatan serta kepentingan mengawasi pergerakan anak-anak.

Tegasnya, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membiarkan anak-anak melakukan aktiviti berbasikal berisiko terutama di jalan raya utama yang boleh mengundang kemalangan. – KOSMO! ONLINE

The post Dua basikal lajak budak 9 tahun disita appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved