[VIDEO] ‘Heret, bawa pergi balai budak ni’

18 Oct 2026 • 12:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Heret, bawa pergi balai budak ni’

PETALING JAYA – Dua kanak-kanak lelaki didakwa memasuki kawasan rumah penduduk dan dipercayai mahu mencuri barangan, dalam kejadian di Kampung Delek, Sungai Udang, Klang.

Kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) pada kelmarin, pukul 2.46 pagi dan video itu dikongsikan oleh pemilik rumah tersebut pada akaun Thread.

Pada hantaran itu, dia mendakwa, sebelum ini kanak-kanak tersebut dikatakan pernah memasuki belakang rumahnya serta dipercayai mengambil barangan.

“Warga Klang terutama Kampung Delek, Sungai Udang dan sejirannya. Siapa ada info anak siapa? Dah berapa kali dah kes barang kat belakang rumah orang Taman Udang Kuning ni. Bagi aku heret bawa pergi balai budak-budak kecil ni,” katanya pada hantaran tersebut.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread yang lain termasuk seorang pengguna yang mendakwa, kanak-kanak itu merupakan anak muridnya.

“Anak murid saya. Lama tak balik rumah, dah lama tak datang sekolah. Dah banyak kali kena ‘cepuk’ pun tak hairan. Macam dah tak ada rasa sakit. Darjah enam tahun ni. Masih ada ibu bapa, tapi tak boleh kawal. Selalu tak balik rumah, duduk masjid merata. Hari tu terakhir dekat masjid Rantau Panjang, ikut kawan merata-rata,” komen seorang wanita dipercayai guru sekolah kanak-kanak itu.

“Ni geng budak basikal dalam kampung. Jual barang, lepas tu ‘make up’ (cantikkan) basikal,” komen pengguna Thread lain.

“Tolong lapor polis, jangan biar diorang biasakan buat kerja tak baik macam ni. Mak ayah tak dapat kawal, biar pihak berkuasa ajar dia,” kata pengguna Thread lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Heret, bawa pergi balai budak ni’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved