Dua rakan didakwa gadai barang kemas palsu

3 Sep 2026 • 3:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua rakan didakwa gadai barang kemas palsu

BATU GAJAH – Dua rakan yang didakwa terlibat dalam sindiket pajak emas palsu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pekerja kedai pajak dengan menggadaikan barang kemas palsu, bulan lalu.

Tertuduh, Mu Vui Yen, 38, mengaku bersalah, manakala rakannya, Ng Yung Cheng, 26, tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd. Yussof.

Mengikut pertuduhan, Vui Yen yang merupakan pekerja e-hailing didakwa menipu pekerja kedai pajak dengan mengemukakan seutas rantai tangan seberat 30.4 gram yang bukan emas tulen bagi tujuan mendapatkan wang pajakan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai pajak di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah pada pukul 4.30 petang, 26 Ogos lalu, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Yung Cheng yang juga seorang penganggur didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu seorang lelaki dengan menyerahkan seutas rantai leher seberat 19.55 gram yang bukan emas tulen bagi mendapatkan wang pajakan berjumlah RM8,500 di sebuah kedai pajak di Persiaran Desa Tronoh Indah, di dalam daerah Batu Gajah pada pukul 11.52 pagi, 24 Ogos 2026.

Nazratul Natrah membenarkan Vui Yen diikat jamin sebanyak RM4,000 manakala Yung Cheng pula RM5,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri di balai polis berhampiran sekali pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

The post Dua rakan didakwa gadai barang kemas palsu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved