Dua bekas pengurusan Felda akan didakwa dalam penyelewengan KLVC: SPRM

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 8:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua bekas pengurusan Felda akan didakwa dalam penyelewengan KLVC: SPRM

Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA akan didakwa minggu depan berhubung penyelewengan Projek Kuala Lumpur Vertical City, kata SPRM.

PUTRAJAYA: Dua individu yang disiasat berkait penyelewengan Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa minggu depan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman.

Beliau berkata mereka ialah bekas pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan bekas ketua pegawai eksekutif Felda Investment Committee atau Felda Investment Commission.

“Peguam Negara memberikan izin untuk mendakwa (kedua-dua individu). Bekas pengurus besar FELDA akan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 (Kanun Keseksaan) dan pertuduhan itu akan didaftarkan di mahkamah pada 30 Sept ini.

“Bekas ketua pegawai eksekutif Felda Investment Committee ataupun Commission akan menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 (Kanun Keseksaan) dan pertuduhan itu akan dilakukan pada 29 Sept ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 di sini hari ini.

Siasatan KLVC adalah sebahagian daripada tujuh kertas siasatan membabitkan FELDA dan FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), iaitu enam kertas siasatan baharu serta satu siasatan lama.

Siasatan berkenaan memberi tumpuan terhadap pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved