
Adakah Malaysia kuasa besar dalam dunia pusat data kecerdasan buatan (AI). Menurut data yang diterbitkan oleh Epoch AI, jawapan kepada soalan ini ialah ya. Dalam senarai 10 pusat data AI paling berkuasa dunia, dua daripadanya terletak di Johor.
Dua pusat data ini ialah DayOne Nusajaya di tangga ke enam dan DayOne Kempas di tangga ke lapan. Pusat data paling berkuasa dunia pada penghujung Oktober 2026 ialah Colossus 2 milik SpaceXAI. Malah jika 40 pusat data AI paling berkuasa dunia disenaraikan, 4 daripadanya terletak di Johor. Hanya Malaysia dan Amerika Syarikat sahaja menjadi lokasi kesemua 40 pusat data AI berkuasa ini.

Dalam laporan yang sama, Malaysia kini mempunyai kuasa pemprosesan AI 4.5 kali ganda lebih tinggi daripada kuasa pemprosesan China yang diketahui setakat ini. Ini adalah anggaran Epoch AI kerana China tidak menerbitkan kuasa pusat data AI mereka secara terbuka.
Kuasa pemprosesan yang tinggi di Malaysia ini adalah canggung kerana negara tidak mempunyai syarikat AI tempatan yang menjadi pemain industri utama. Dalam laporan New York Times hujung minggu lalu, pusat data AI di Malaysia digunakan oleh syarikat China seperti ByteDance untuk mengakses cip NVIDIA yang dihalang eksport ke negara mereka oleh Amerika.





