Dua hari suami hilang, 'live location' bawa penemuan mayat

7 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua hari suami hilang, 'live location' bawa penemuan mayat
Keadaan kenderaan mangsa yang terhumban dalam gaung sedalam 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, Gua Musang.
Image from: Dua hari suami hilang, 'live location' bawa penemuan mayat
Anggota bomba yang terlibat dalam operasi mencari mangsa. - FOTO: JBPM
Image from: Dua hari suami hilang, 'live location' bawa penemuan mayat
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa dari lokasi kejadian. - FOTO: JBPM

GUA MUSANG - Dua hari dicari keluarga dan rakan sekerja, seorang lelaki berusia 60 tahun akhirnya ditemui maut selepas pikap jenis Toyota Hilux dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dasar gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat di sini.

Lebih memilukan, lokasi terakhir 'live location' mangsa pada petang Ahad membawa rakan sekerjanya ke kawasan berkenaan, sebelum mereka menemukan pikap tersebut tersadai jauh di bawah cerun pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Ahad, dua hari sebelum mangsa dan kenderaannya ditemukan.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, 'live location' lelaki itu kali terakhir dikesan di sekitar kawasan kejadian pada petang berkenaan.

"Pada Selasa, rakan sekerja mangsa pergi ke lokasi terakhir 'live location' berkenaan bagi mencari mangsa sebelum menemukan Toyota Hilux miliknya berada di bawah cerun.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang memandu kenderaan itu sebelum terbabas ke dalam gaung ketika menuruni bukit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

**media[3669906]**

Choon Foo memberitahu, tiada individu dipercayai menyaksikan kejadian itu menyebabkan kemalangan berkenaan tidak disedari orang awam sehingga kenderaan mangsa ditemukan.

Ujarnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian dibawa naik dari lokasi kejadian dengan bantuan anggota JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya.

**media[3669908]**

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan serta keadaan yang membawa kepada kejadian tersebut.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-912 1222," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved