‘Live Location’ Isteri Membawa Penemuan Mayat Warga Emas Di Dasar Gaung Lepas 2 Hari Hilang

7 Oct 2026 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kemalangann gua musag

Usaha mencari seorang lelaki berusia 60 tahun selama 2 hari diakhiri dengan penemuan yang tragis apabila mangsa ditemukan maut selepas Toyota Hilux yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dasar gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan.

Penemuan itu hasil daripada ‘live location’ mangsa pada petang Ahad yang mendorong rakan sekerja mangsa ke kawasan itu dan mereka menemukan pikap tersebut tersadai jauh di bawah cerun pada Selasa.

Artikel berkaitan : Empat Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Babitkan 11 Kenderaan Di LPT1

Artikel berkaitan : Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Lawan Arus, Sebabkan Kemalangan Di 2 Lokasi Berbeza

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pada Ahad, dua hari sebelum mangsa dan kenderaannya ditemukan.

Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, ‘live location’ lelaki itu kali terakhir dikesan di sekitar kawasan kejadian pada petang berkenaan.

836918878 2135409264029845 3503917191523166955 n

“Pada Selasa, rakan sekerja mangsa pergi ke lokasi terakhir ‘live location’ berkenaan bagi mencari mangsa sebelum menemukan Toyota Hilux miliknya berada di bawah cerun.”

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang memandu kenderaan itu sebelum terbabas ke dalam gaung ketika menuruni bukit,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

839236666 1132519229436203 283572356132264965 n

Tambah Choon Foo lagi, tiada individu yang menyaksikan kejadian itu menyebabkan kemalangan berkenaan tidak disedari orang awam sehingga kenderaan mangsa ditemukan. Ujarnya lagi, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dibawa naik dari lokasi kejadian dengan bantuan anggota JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya.

840509358 2193739898164767 1845531149184039014 n 1

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan serta keadaan yang membawa kepada kejadian tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-912 1222.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved