Dua ‘hero’ bantu wanita tolak motosikal rosak di tengah kesesakan, raih pujian

6 May 2026 • 11:27 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Dua lelaki membantu seorang wanita menolak motosikal rosak di kawasan KL Gateway ketika kesesakan dan hujan renyai

Tindakan dua lelaki yang turun dari kereta untuk membantu seorang wanita menolak motosikal rosak di kawasan berhampiran KL Gateway Mall menghala ke Kerinchi, mencuri perhatian ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video di Thread mn_nazmi, kejadian berlaku pada waktu petang dalam keadaan jalan sesak, apabila seorang wanita dilihat berusaha menolak motosikalnya seorang diri dalam keadaan letih dan hujan renyai.

Image from: Dua ‘hero’ bantu wanita tolak motosikal rosak di tengah kesesakan, raih pujian
Baca juga:

Wanita tersebut dilihat beberapa kali berjalan sambil menolak motosikal dan sesekali menunggang sambil menolak ketika hujan rintik.

Image from: Dua ‘hero’ bantu wanita tolak motosikal rosak di tengah kesesakan, raih pujian

Situasi itu disedari oleh beberapa pengguna jalan raya, sebelum dua lelaki bertindak berhenti dan membantu menolak motosikal wanita berkenaan.

Tindakan mereka menerima pujian orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu momen penuh kemanusiaan di tengah kesibukan kota.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dengan sikap prihatin tersebut, selain berharap lebih ramai pengguna jalan raya tampil membantu dalam situasi kecemasan seperti itu.

The post Dua ‘hero’ bantu wanita tolak motosikal rosak di tengah kesesakan, raih pujian appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved