Dua kanak-kanak lemas di empangan baru bersahabat tiga hari - Bapa

10 Aug 2026 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua kanak-kanak lemas di empangan baru bersahabat tiga hari - Bapa

Demikian luahan bapa mangsa lemas, Mohamad Khairudi Setapa, 42, yang redha dengan kehilangan anaknya itu bersama rakannya, Muhamamd Adam Faris Arman, 11, dalam tragedi lemas di empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791431/berita/semasa/dua-kanak-kanak-lemas-di-empangan-baru-bersahabat-tiga-hari---bapa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Lemas #Empangan #Johor #HaikalRamzi">
Image from: Dua kanak-kanak lemas di empangan baru bersahabat tiga hari - Bapa
Mohammad Haikal Ramzi dan Muhammad Adam Faris ditemukan lemasdi empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Isnin.
Image from: Dua kanak-kanak lemas di empangan baru bersahabat tiga hari - Bapa
Mohamad Khairudi ditemui di kawasan luar Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pada Isnin.
Image from: Dua kanak-kanak lemas di empangan baru bersahabat tiga hari - Bapa
Basikal dipercayai milik mangsa ditemui di tepi ampangan jalan Murai 2, Taman Scientex.
Image from: Dua kanak-kanak lemas di empangan baru bersahabat tiga hari - Bapa
Lokasi tragedi lemas di empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Isnin.

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] "Mohammad Haikal Ramzi pinjaman daripada ALLAH selama 12 tahun."

Demikian luahan bapa mangsa lemas, Mohamad Khairudi Setapa, 42, yang redha atas kehilangan anaknya itu bersama rakannya, Muhammad Adam Faris Arman, 11, dalam tragedi lemas di empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Isnin.

**media[3610815]**

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu keluar pada waktu petang dan kebiasaannya pulang 15 minit sebelum maghrib.

“Kalau tidak silap, mereka ini sebenarnya baru tiga hari berkawan meskipun kedua-duanya berbeza sekolah.

“Anak saya pula seorang yang peramah, mudah mesra dan cepat bergaul tetapi dalam tempoh seminggu ini dia lebih banyak diam,” katanya ketika ditemui di kawasan luar Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pada Isnin.

**media[3610609]**

Suasana pilu menyelubungi pekarangan jabatan forensik selepas kedua-dua keluarga mangsa hadir menunggu laporan bedah siasat.

Mohamad Khairudi tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa berdepan cabaran selut tebal ketika berada dalam air sekali gus dipercayai terperangkap sehingga gagal menyelamatkan diri.

“Kalau ikutkan kedalaman dua atau tiga meter itu anak saya boleh lepas sebab kami kerap ke pantai, namun saya difahamkan selut tebal menghalang pergerakan mereka ketika berada di dalam air,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dua kanak-kanak ditemui lemas di ampangan Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang selepas penemuan basikal dan beberapa barang peribadi.

**media[3610612]**

Mayat Mohammad Haikal Ramzi ditemui jam 2.12 pagi pada jarak tiga meter dari tebing manakala Muhammad Adam Faris ditemui jam 2.33 pagi, 15 kaki dengan tebing.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai.

**media[3610813]**

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved