Jerebu masih tebal di Serian

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 9:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu masih tebal di Serian

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 8 pagi tadi dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 320.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (318) dan Samarahan (302).

Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226) dan Sri Aman (214).

Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Samalaju, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 196, diikuti Kapit, Sarawak (187), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (185), ILP Miri, Sarawak (183) dan Labuan (181).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri, Sarawak (181), Kota Kinabalu, Sabah (179), Kimanis, Sabah (175), Keningau, Sabah (173), Limbang, Sarawak (173), Johan Setia, Selangor (161), Sandakan, Sabah (152), Putrajaya (148), Nilai, Negeri Sembilan (137), Tawau, Sabah (123) dan Seremban, Negeri Sembilan (116).

Sementara itu, sebanyak 44 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. – Bernama

The post Jerebu masih tebal di Serian appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved