Jerebu ‘serang’ enam kawasan Sabah

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 11:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu ‘serang’ enam kawasan Sabah

KOTA KINABALU – Enam kawasan di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8 pagi ini, dengan stesen Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 185.

Menurut laporan harian infografik Pemantauan El Nino Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU 179, diikuti Kimanis 175, Keningau 173, Sandakan 152 dan Tawau 123.

“Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar, manakala kanak-kanak, warga emas serta pesakit kronik dinasihatkan mengelakkan aktiviti di luar rumah,” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, laporan itu turut merekodkan enam kes kebakaran dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi ini, merangkumi lima kebakaran belukar atau lalang dan satu kebakaran kebun atau ladang, manakala tiada kes kebakaran hutan, hutan gambut dan sampah dilaporkan.

Pemantauan paras sungai pula menunjukkan Sungai Moyong di Penampang dan Sungai Kalabakan di Tawau masing-masing berada pada status normal. – Bernama

The post Jerebu ‘serang’ enam kawasan Sabah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved