Dua lagi lelaki pelarian Myanmar ditahan bantu siasatan kes seksual OKU

10 Aug 2026 • 6:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua lagi lelaki pelarian Myanmar ditahan bantu siasatan kes seksual OKU

Polis Kemaman menahan dua lagi lelaki pelarian Myanmar bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita OKU di Kampung Besut.

CHUKAI: Polis menahan dua lagi lelaki pelarian Myanmar bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Mohd Rosli berkata kedua-duanya yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan ditahan di Kampung Besut di sini pada 3 pagi.

Beliau berkata mereka kini direman tujuh hari hingga 16 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini tidak ada suspek baharu yang diburu berhubung siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan tiga lelaki pelarian Myanmar berusia 19 hingga 28 tahun ditahan pada Sabtu bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita OKU intelektual berusia 23 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved