Dua lelaki dipenjara, denda RM8,000 selepas memalsukan sijil cuti sakit

12 Aug 2026 • 4:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua lelaki dipenjara, denda RM8,000 selepas memalsukan sijil cuti sakit

Dua lelaki dipenjara 14 hari dan denda RM8,000 selepas mengaku palsukan 40 sijil cuti sakit menggunakan nama doktor di kilang Gebeng, Kuantan.

KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan dua lelaki masing-masing dipenjara 14 hari dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan 40 sijil cuti sakit dari Mac hingga Julai lepas.

Majistret Ellyna Othman juga memerintahkan Mohd Shukrie Zainuddin, 28, dan Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, dipenjara lapan bulan jika gagal menjelaskan denda.

Mohd Shukrie dan Muhammad Asyraf didakwa secara tidak jujur membuat dokumen palsu, iaitu 40 sijil cuti sakit sebuah klinik dan menggunakan nama serta tandatangan seorang doktor dengan niat menipu di sebuah kilang di Jalan Pintasan Gebeng, di sini antara 28 Mac hingga 13 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya B. Deevagaran Naidu memohon hukuman setimpal terhadap mereka kerana telah mengeluarkan sijil cuti sakit palsu dengan menggunakan nama klinik serta doktor yang bertauliah.

Peguam Muhammad Hakimie Ali daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu dua lelaki itu hanya dikenakan hukuman denda kerana telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved