[VIDEO] Pecut 50km daripada polis, rupanya bawa dadah

12 Sep 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Pecut 50km daripada polis, rupanya bawa dadah

​KOTA TINGGI – Tindakan nekad dua lelaki memecut kereta jenis Proton Wira sejauh kira-kira 50 kilometer (km), semata-mata mahu meloloskan diri dari pihak polis akhirnya membongkar mereka membawa dadah dipercayai syabu, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.35 tengah malam melibatkan anggota unit kereta peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

Katanya kejadian bermula apabila anggota MPV telah mengarahkan kereta tersebut di Jalan Tun Sri Lanang, namun suspek gagal mematuhi arahan polis sebelum memecut dan memandu secara berbahaya.

​”Insiden tersebut berlaku sejauh kira-kira 50km dari Jalan Tun Sri Lanang menghala ke Ulu Tiram dan berakhir di KM 31.5 Jalan Johor Bharu – Mersing, berhampiran lampu isyarat Taman Sri Saujana.

“Hasil tindakan pantas dan kerjasama anggota MPV, kenderaan tersebut berjaya dihentikan dan dua lelaki tempatan berumur 33 tahun dan 44 tahun telah ditahan.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan narkotik dan dikehendaki polis. Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek pula positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

​Tambahnya kedua-dua suspek telah direman selama empat hari bermula 12 september 2026 hingga 15 september 2026 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan detik cemas anggota MPV memberkas suspek berhampiran lampu isyarat Taman Sri Saujana, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Pecut 50km daripada polis, rupanya bawa dadah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved