Dua lelaki mengaku tidak bersalah cuba rompak barang kemas RM8.2 juta bersenjatakan parang

2 Nov 2026 • 3:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua lelaki mengaku tidak bersalah cuba rompak barang kemas RM8.2 juta bersenjatakan parang

Seorang jurujual dan mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan cuba merompak barang kemas bernilai RM8.2 juta bersenjatakan parang di Brickfields.

KUALA LUMPUR: Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba merompak barang kemas bernilai RM8.2 juta milik pembekal barangan itu, bulan lepas.

Jurujual Tan Kah Seng, 35, dan mekanik Tan Chien Ann, 30, didakwa bersama-sama melakukan cubaan merompak tiga beg sandang berisi barang kemas pelbagai jenis dan bentuk milik Toung Zheng Fay, 30, bersenjatakan sebilah parang di depan sebuah hotel di Brickfields pada 10 pagi, 14 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, dengan Seksyen 393 berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda manakala Seksyen 397 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri tidak menawarkan jaminan kerana ia membabitkan kesalahan yang tidak boleh dijamin, selain nilai barangan kemas yang tinggi.

Peguam Revin Kumar mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana Kah Seng yang telah berkahwin menanggung seorang anak berumur lapan tahun, isteri serta ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi.

“Chien Ann pula telah bercerai dan berpendapatan RM2,000 sebulan, menanggung seorang anak lelaki berumur sembilan tahun serta ibu bapa,” kata peguam itu.

Hakim Noor Aini Yusof membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali sehingga selesai perbicaraan dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 30 Nov ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved