Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah tipu RM1.65 juta dalam urusan dusun durian

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 3:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah tipu RM1.65 juta dalam urusan dusun durian

Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memperdaya lelaki RM1.65 juta dalam urusan beli dusun durian di Raub.

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki sebanyak RM1.65 juta bagi pembelian sebuah dusun durian di Raub, Pahang sekitar Februari 2024.

Chan Huann Heng, 58, yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pengimport dan pengeksport sayur-sayuran membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Lelaki itu didakwa menipu mangsa berusia 66 tahun bagi menyerahkan invois sebuah syarikat bernilai RM1.65 juta melalui pindahan akaun bagi tujuan pembelian sebuah dusun durian di Raub.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah kelab di Jalan Kelab Tropicana dalam daerah Petaling pada 5 Feb 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Dhanesh Subramaniam Nair memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan perniagaan anak guamnya terjejas akibat kes berkenaan, selain tertuduh memberi kerjasama yang baik sejak kes itu disiasat.

Hakim Dazuki Ali membenarkan ikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved