Samun kedai emas, lelaki bersenjata larikan barang kemas RM300,000

31 Oct 2026 • 9:13 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Samun kedai emas, lelaki bersenjata larikan barang kemas RM300,000

PETALING JAYA: Sebuah kedai emas di Damansara Damai di sini disamun seorang lelaki bersenjatakan senjata tajam sebelum melarikan barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.19 tengah hari semalam.

Menurutnya, suspek bertindak menyamun premis berkenaan menggunakan senjata tajam sebelum melarikan barang kemas.

“Suspek seorang lelaki bersenjatakan senjata tajam telah membawa lari barangan kemas yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM300,000,” katanya dalam kenyataan.

Shamsudin berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan bagi kes rompak bersenjata.

Katanya, polis masih giat mengesan suspek dan siasatan masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan,” katanya. -UTUSAN

The post Samun kedai emas, lelaki bersenjata larikan barang kemas RM300,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved