Dua lelaki terperangkap di tingkat 14 diselamatkan

22 Aug 2026 • 6:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua lelaki terperangkap di tingkat 14 diselamatkan

Image from: Dua lelaki terperangkap di tingkat 14 diselamatkan

GEORGE TOWN – Dua penghuni berdepan detik cemas selepas terperangkap di tingkat 14, tebing konkrit belakang sebuah kondominium di Jelutong, di sini hari ini.

Mangsa lelaki berusia 50 dan warga emas berusia 78 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam masa kurang setengah jam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.28 tengah hari.

“Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 78 tahun cuba keluar dari bilik, namun tidak berjaya kerana menyangka pintu tersebut berkunci.

“Dia kemudian mengambil inisiatif keluar melalui tingkap belakang untuk membuka pintu rumah dari bahagian hadapan, namun usaha itu tidak berjaya sebelum seorang jiran yang menyedari kejadian tersebut cuba membantu,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa bagaimanapun keletihan sebelum berhenti dan duduk di tebing konkrit flat berkenaan.

“Pihak bomba kemudian menyelamatkan kedua-dua mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Dua lelaki terperangkap di tingkat 14 diselamatkan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved