Guru tak mengaku salah cabul dua budak

1 Sep 2026 • 11:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru tak mengaku salah cabul dua budak

SEREMBAN – Seorang guru sebuah sekolah di Jelebu, berdepan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki secara berasingan di sebuah sekolah di daerah berkenaan.

Muhamad Hairul Wakiman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan dengan cara memegang kemaluan mangsa berusia 11 dan 12 tahun bagi maksud seksual, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berdasarkan pertuduhan, kejadian pertama didakwa berlaku pada 28 Julai 2025 kira-kira pukul 6.45 petang di luar pekarangan dewan makan asrama sekolah berkenaan, manakala kejadian kedua pada 7 Ogos 2025 kira-kira pukul 1.45 petang di dalam bilik prep asrama.

Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama pada 9 Ogos 2025 kira-kira pukul 7.15 petang di dalam bilik warden serta amang seksual fizikal pada 23 Ogos 2025 kira-kira pukul 10 malam di dalam dorm asrama. – KOSMO! ONLINE

The post Guru tak mengaku salah cabul dua budak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved