Dua maut, lima cedera nahas dua kereta

12 Oct 2026 • 8:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua maut, lima cedera nahas dua kereta

SHAH ALAM – Dua pemuda maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Penyajak U1/45B, Hicom-Glenmarie Industrial Park di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.27 tengah malam itu, kedua-dua mangsa yang maut berusia 20 tahun menaiki sebuah Proton Wira Aeroback bersama dua lagi remaja lelaki berusia 19 tahun mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta BBP Bukit Jelutong telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan itu turut membabitkan sebuah Proton Exora yang dinaiki tiga individu.

“Tiga mangsa dalam Proton Exora terdiri daripada seorang wanita berusia 29 tahun serta dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 28 tahun. Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan,” katanya hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis
untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua maut, lima cedera nahas dua kereta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved