Dua maut, selang beberapa jam dalam kemalangan di Kulai

25 Sep 2026 • 4:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua maut, selang beberapa jam dalam kemalangan di Kulai

KULAI – Dua maut dalam dua kemalangan berasingan membabitkan sebuah motosikal, dua kereta dan sebuah lori di daerah ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan pertama berlaku pada pukul 12.30 tengah malam membabitkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun serta seorang lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta Proton Saga.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan datang dari arah sama di Jalan Felda Inas di sini sebelum pemandu Proton Saga yang berada dihadapan penunggang motosikal dikatakan telah membelok ke kanan secara tiba-tiba.

“Penunggang terbabit dikatakan tidak sempat memberhentikan motosikal menyebabkannya merempuh bahagian kanan kereta. Akibat rempuhan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan menyebabkannya meninggal di lokasi, manakala pemandu kereta mengalami kecederaan dibeberapa bahagian badan sebelum kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital untuk proses rawatan serta bedah siasat,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sementara itu, kemalangan kedua berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi tadi melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun yang memandu kereta Honda dengan sebuah lori dipandu lelaki 66 tahun di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam.

Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu wanita dalam perjalanan dari arah Kulai Besar ke Johor Bahru telah melanggar belakang lori yang berhenti di lampu isyarat merah dan akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Kulai untuk proses bedah siasat dan kedua-dua kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua maut, selang beberapa jam dalam kemalangan di Kulai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved