CEO ditahan disyaki tipu beli dusun durian RM1.65 juta

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 9:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CEO ditahan disyaki tipu beli dusun durian RM1.65 juta

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pemborong, pengimport dan pengeksport buah-buahan serta sayur-sayuran kerana disyaki terlibat penipuan berkaitan urusan pembelian dusun durian berjumlah kira-kira RM1.65 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Februari 2024, bagaimanapun urusan pembelian dusun durian tersebut tidak berlaku.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Suspak akan dituduh pagi ini di Mahkamah Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE

The post CEO ditahan disyaki tipu beli dusun durian RM1.65 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved