Dua pegawai UPM dilantik RakanKPT, jadi jambatan maklumat akar umbi

5 Aug 2026 • 6:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Dua pegawai Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Aiman Mohd. Anuar dan Nur Nadhirah Zunaidi, dilantik sebagai RakanKPT bagi sesi 2026/2027 untuk membantu menyampaikan agenda pendidikan tinggi negara secara tepat, pantas dan berasaskan fakta kepada masyarakat.

Muhammad Aiman merupakan Pegawai Pertanian manakala Nur Nadhirah ialah Penolong Pegawai Veterinar di Pusat Pertanian Putra, UPM.

Image from: Dua pegawai UPM dilantik RakanKPT, jadi jambatan maklumat akar umbi

Pelantikan itu diumumkan sempena Bengkel Pemantapan RakanKPT Siri 1 Tahun 2026 yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim di Putrajaya, baru-baru ini.

Mereka adalah antara 50 individu yang dilantik sebagai RakanKPT, membabitkan dua wakil daripada setiap universiti awam serta 10 wakil Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Aminuddin berkata, RakanKPT berperanan sebagai penghubung strategik yang membawa maklumat mengenai dasar, bantuan, program, inisiatif dan peluang pendidikan tinggi lebih dekat kepada masyarakat.

“RakanKPT bukan sekadar menyebarkan maklumat, malah perlu menjadi jambatan komunikasi dua hala antara KPT dengan masyarakat. Setiap maklumat hendaklah disampaikan secara jelas, beretika dan bersandarkan fakta daripada sumber rasmi.

“Keupayaan mereka mendekati masyarakat melalui media sosial amat penting bagi memastikan agenda pendidikan tinggi difahami hingga ke peringkat akar umbi,” ujarnya.-UTUSAN

The post Dua pegawai UPM dilantik RakanKPT, jadi jambatan maklumat akar umbi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved