Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pasar Seni

15 Aug 2026 • 9:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu akhirnya berjaya ditemui di sekitar Central Market atau Pasar Seni, Kuala Lumpur, malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebook awal pagi hari ini.

Advertisement

Menurut beliau, kedua-dua pelajar terbabit, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, ditemukan oleh pihak polis sekitar pukul 10.31 malam.

“Alhamdulillah, pihak Polis Bukit Aman berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur pukul 10.31 malam tadi (semalam),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, kehilangan dua pelajar MRSM Alor Gajah, Melaka itu mendapat perhatian selepas Asyraf Wajdi meminta orang ramai mendoakan supaya mereka dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

Asyraf Wajdi Mohon Doa Orang Ramai, Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos Lalu

Beliau turut berharap kedua-dua pelajar berkenaan dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Penemuan dua pelajar MRSM Alor Gajah itu sekali gus menamatkan kebimbangan susulan laporan kehilangan mereka sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pasar Seni2026-08-15 09:07:48

“Kenapa Kami Tak Boleh? Kami Pun Bayar Roadtax” – Penganjur RXZ Members Perjelas Isu Tutup LPT

The post Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Yang Hilang Ditemui Selamat Di Pasar Seni first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved