Dua penjawat awam dicekup berkhalwat dalam pantri pejabat

11 Sep 2026 • 10:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua penjawat awam dicekup berkhalwat dalam pantri pejabat

GUA MUSANG – Dua penjawat awam yang juga kakitangan Kementerian Kesihatan dicekup selepas disyaki berkhalwat di pejabat mereka di bangunan Wisma Kerajaan di sini petang semalam.

Menurut sumber, lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira pukul 4 petang selepas berada dalam keadaan berduaan di dalam pantri di pejabat jabatan berkenaan.

Sumber itu berkata, mereka dipercayai berada di dalam pantri tersebut dengan pintu berkunci sehingga anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan terpaksa membuka pintu secara paksa.

“Apabila pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun sempat dilihat anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.

“Difahamkan, tindakan mereka itu sebelum ini turut diperhatikan oleh kakitangan lain apabila dipercayai sering masuk berdua ke pantri tanpa alasan yang jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, status kes termasuk tindakan lanjut terhadap pasangan terbabit masih belum diperoleh. – KOSMO! ONLINE

The post Dua penjawat awam dicekup berkhalwat dalam pantri pejabat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved