Dua penjawat awam dicekup khalwat: Sering dilihat masuk pantri berdua sejak tiga bulan lalu

17 Sep 2026 • 12:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua penjawat awam dicekup khalwat: Sering dilihat masuk pantri berdua sejak tiga bulan lalu
Tindakan dua penjawat awam Kementerian Kesihatan yang didakwa sering masuk berdua-duaan ke pantri pejabat tanpa alasan jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu membawa kepada penahanan kes khalwat.

KOTA BHARU – Tindakan dua penjawat awam Kementerian Kesihatan yang didakwa sering masuk berdua-duaan ke pantri pejabat tanpa alasan jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu membawa kepada penahanan kes khalwat. 

Perbuatan mereka dikatakan turut diperhatikan kakitangan lain.

Pasangan lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira jam 4 petang Khamis lalu selepas dipercayai berada berdua-duaan di dalam pantri sebuah jabatan di bangunan Wisma Kerajaan di Gua Musang.

Sumber berkata, kedua-dua mereka kini berdepan tindakan pendakwaan selepas kertas siasatan berhubung kes berkenaan sedang disiapkan.

“Kertas siasatan kes berkenaan dalam proses untuk disiapkan dan akan diangkat ke tindakan pendakwaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, dilaporkan pasangan berkenaan dipercayai berada di dalam pantri dengan pintu berkunci sehingga anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) terpaksa membuka pintu secara paksa.

“Apabila pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun sempat dilihat anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.

“Difahamkan, tindakan mereka itu sebelum ini turut diperhatikan kakitangan lain apabila dipercayai sering masuk berdua-duaan ke pantri tanpa alasan yang jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved