Dua premis diserbu, 18 mesin perlombongan bitcoin dirampas

LocalTechnology
28 Oct 2026 • 7:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua premis diserbu, 18 mesin perlombongan bitcoin dirampas

TELUK INTAN – Sebanyak 18 mesin disyaki digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin dirampas polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar ini semalam dan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, serbuan tersebut dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Katanya, operasi yang dijalankan bersama juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu adalah hasil maklumat risikan berhubung kegiatan mencuri bekalan elektrik yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti perlombongan mata wang kripto tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua premis disyaki mempunyai sambungan bekalan elektrik yang dibuat secara tidak sah.

“Dalam operasi tersebut, pihak polis telah merampas sebanyak 18 unit mesin yang disyaki digunakan untuk aktiviti perlombongan bitcoin,” katanya di sini hari ini.

Kok Lian berkata, kedua-dua premis didapati berkunci ketika serbuan dijalankan.

Beliau berkata, pasukan operasi terpaksa membuka pintu pagar secara paksa bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Kesemua barang kes yang dirampas telah dibawa ke IPD Hilir Perak untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilik premis serta individu yang bertanggungjawab terhadap kegiatan tersebut.

“Kerjasama TNB juga akan diperoleh bagi mengesahkan kaedah penyambungan elektrik, selain menentukan jumlah kerugian yang terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua premis diserbu, 18 mesin perlombongan bitcoin dirampas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved