Dua projek pembangunan Saujana Aman diperiksa susulan banjir - MB

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 2:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua projek pembangunan Saujana Aman diperiksa susulan banjir - MB

KUALA SELANGOR, 6 NOV: Dua projek pembangunan seluas kira-kira 20 ekar di sekitar Saujana Aman akan diperiksa selepas dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan limpahan air yang menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedua-dua projek berkeluasan 15 ekar dan lima ekar itu dipercayai memberi kesan terhadap aliran air sehingga meningkatkan risiko banjir yang menjejaskan kediaman penduduk.

“Kedua-dua projek berkeluasan 15 ekar dan lima ekar itu dikenal pasti mempunyai kesan terhadap peningkatan limpahan air di kawasan berkenaan.

“Itu saya dapati memang ada kesan limpahan dan saya minta segera ambil tindakan. Tanpa dua projek itu, masih ada limpahan tetapi dengan dua projek itu, ia menjadi lebih bertambah tinggi,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau menerima taklimat ringkas daripada Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan dan agensi teknikal, serta dibawa meninjau ke lokasi kolam tadahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Puncak Alam di sini, hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata kejadian banjir kilat di Johan Setia, Klang serta beberapa kawasan sekitar Bukit Kucing dan Bukit Hijau, Jeram dipercayai berpunca beberapa faktor, termasuk insiden vandalisme di Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh 1.

Jelasnya, pemeriksaan mendapati beberapa struktur benteng di RTB Sungai Buloh 1 direndahkan daripada spesifikasi asal, selain limpahan air dari Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang turut menyumbang kepada kejadian banjir.

“Di lokasi lain yang turut berdepan banjir seperti Johan Setia, Parit Mahang, Bukit Kucing dan Bukit Hijau, masalahnya berbeza. Ada kawasan membabitkan pembangunan oleh pemaju, limpahan air dari WCE dan juga vandalisme di RTB Sungai Buloh 1.

“Benteng di situ telah direndahkan dan menjadi punca banjir di Ijok. Perkara itu perlu diatasi dan saya minta tindakan segera diambil, termasuk terhadap operasi haram di kawasan berkenaan,” katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved