Dua rakan maut motosikal dipercayai dilanggar dari belakang, pemandu lari

22 Oct 2026 • 10:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua rakan maut motosikal dipercayai dilanggar dari belakang, pemandu lari
Dua rakan maut selepas motosikal dipercayai dilanggar kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Image from: Dua rakan maut motosikal dipercayai dilanggar dari belakang, pemandu lari
Abdul Rozak

GEORGE TOWN - Dua rakan masing-masing lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 20 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur ke Jambatan Pulau Pinang, awal pagi Khamis.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 4.30 pagi.

**media[3685696]**

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar George Town menghala ke Jambatan Pulau Pinang.

“Motosikal berkenaan dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti ketika berada di susur bercabang menghala ke Jambatan Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia (USM).

“Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Abdul Rozak berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, Abdul Rozak memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Shahidatul Alyaa Nordin menerusi talian 019-688 6106.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved