
BESUT : Dua remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan di Jerteh, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi ini selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 6 petang di sebuah rumah penginapan di Jerteh, Besut. Remaja perempuan berusia 15 tahun berkenaan tampil membuat laporan polis dan kemudian dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
“Susulan laporan tersebut, polis menahan dua suspek lelaki berumur 16 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.
Mohd. Rozaime berkata, polis memandang serius setiap kesalahan jenayah seksual khususnya yang melibatkan golongan remaja. – UTUSAN
The post Dua remaja disyaki rogol gadis 15 tahun appeared first on Utusan Malaysia.






